Design Custom CSS dengan Blogger Template Designer

Design .custom CSS dengan Blogger Template Designer amat seronok dan mudah. Anda juga mungkin akan menjadi begitu rajin untuk mengubahsuai semula design website dengan kerap, kerana ianya kini mudah, pantas dan selamat.

Dibawah berikut kami buatkan beberapa video sekilas review berkaitan .custom design menggunakan Blogger Template Designer. Namun terlebih dahulu kami memohon maaf atas kualiti video dan suara latar video tersebut. Kerana kami kurang mahir dalam penghasilan sebuah video.


1. Tukar Background dan Header mengikut niche Blog

2. Tukar Background Blog tanpa coding

3. Ubah style header atau upload image header

4. Review Thesis Blogger Template Designer (lihat apa yang anda boleh buat dgn Thesis)

Kami tahu, ramai dikalangan blogger begitu gemar menukar design website mereka dengan kerap, atas faktor-faktor seperti mencari kesempurnaan, belajar dari try-error, juga kerana minat dan ketagih. Malangnya juga, ramai blogger yang membuang masa terlalu banyak hinggakan terabai tugas yang jauh lebih penting, iaitu menjaga frequency update content dan memikirkan strategi menghasilkan visitor. Sebab itu anda perlukan Thesis Blogger Template. Mengubah design website hanya lebih kurang 5 hingga ke 15 minit. Malah setiap hari mengubah design pun tiada masalah.

  1. Merubah design melalui HTML Editor Template jauh lebih sukar dan memakan masa, kerana pada HTML Editor Template sarat dengan pelbagai coding
  2. Merubah design melalui HTML Editor Template mengambil risiko berhadapan error atau terpadam code penting. Jika error berlaku, anda terpaksa memakan masa yang lama dan ber'sakit kepala untuk perbetulkannya semula.
  3. Namun merubah design melalui Blogger Template Designer dalam hal ini, tiada risiko tersalah coding. Malah anda tidak perlu pandai coding.
  4. Dengan adanya kelebihan ini, mudah-mudahan anda mampu menghasilkan design yang mengikut kehendak anda sendiri. Tanpa coding sekalipun.


Tips:
  1. Gunakan warna² yang lembut atau tidak terlalu menyala² agar visitor tak sakit mata.
  2. Pilih beberapa kolaborasi key color (warna). Jangan guna banyak sangat warna.
  3. Sebenarnya simple itu indah
Design Custom CSS dengan Blogger Template Designer Design Custom CSS dengan Blogger Template Designer

1 comment... add one now